Thursday 4 August 2011

kasut perempuan membawa fitnah??



salam....
petang tadi bersembang dengan seorang makcik....
sembang tentang kehidupan....
kini, makcik tue dah berpurdah....
 
wow!
perempuan yang memberatkan auratnya, yakni dengan berpurdah, di akhirat nanti ALLAH sendiri yang akan berjumpa dengannya....
hebat kan?
 
sblm ni, makcik ni pon mmg bertudung labuh...
 
back to our topic.....
betul ke kasut perempuan membawa fitnah?
makcik menerangkan kat saya....
lelaki kalo tengok kasut perempuan, akan terlintas dihati dia tentang si pemakai kasut tersebut...
 
'kasut cm saiz kecik, misti perempuan ni pon kecik gak...kalo tak pun tinggi,tapi kurus...'
 
so on...and so on.....
 
kalau kasut pon boleh mengundang fitnah, apatah lagi suara yang dilenggok-lenggokkan...
apatah lagi memakai pakaian yang menampakkan susuk badan....
apaah lagi kalau perempuan itu memakai tudung bawal senipis jaring yang menampakkan alur leher...
kadang boleh nampak rambut yang disanggul dek kerana tidak memakai anak tudung....
 
fikir kan.....
 
perempuan yang free hair, if kahwin dengan lelaki yang baik-baik....
tak mustahil satu hari nanti dia akan memakai tudung....
tetapi, perempuan yang bertudung, if kahwin dengan lelaki yang 'biasa-biasa'...
tak mustahil satu hari nanti dia akan free hair.....
 
see....betapa lemahnya perempuan itu....
hanya kuat dengan kehadiran lelaki...
lelaki sebagai pelengkap hidup nya....
 
dia menjadi baik kerana lelaki....
dia menjadi jahat kerana lelaki...
dia menjadi bodoh kerana lelaki.....
dia menjadi bijak kerana lelaki....
dia menjadi kuat kerana lelaki...
dia menjadi lemah kerana lelaki....
 
kerana hadirnya dia untuk lelaki...
dan lelaki tercipta untuk dia....
 
makcik ni tanya pada ana...
"lepas subuh kamu lapang tak?"
 
glurp!huhu....hot!
"kalau bangun awal, lapang la lepas subuh tue...kalau lewat....x...hehe"
 
"amalkan baca yaasin pas subuh, ALLAH akan bagi kesenangan untuk kita pada hari itu untuk menyelesaikan segala masalah pada hari itu...."
 
insyaALLAH makcik...saya akan cuba amalkan....
 
makcik ni juga bercerita tentang tabligh...masjid sri petaling....
 
saya memang tak pernah p masjid sri petaling tue....makcik kata, cubalah try solat kat sana....masjid sri petaling adalah masjid terbesar di malaysia...boleh memuatkan kira 200,000 jemaah...dan setiap hari, masjid tersebut tak pernah kosong dengan kehadiran jemaah untuk solat berjemaah....tapi kena tutup aurat bg permepuan kalau nak masuk masjid tue, sebab nanti dihalau oleh pakguard.....
 
~kalaulah ALLAH halau kita dari bumi ni, kalau kita tak menutup aurat...mana kita nak pergi?
 
paling menarik cerita tentang masjid itu seperti yang diceritakan oleh makcik tu adalah....
- almost pembinaan masjid itu dibina oleh para jemaah secara bergilir-gilir...dan suami makcik itu adalah salah seorang yang tolong buat masjid itu tanpa diminta....
- mereka mendapat dana dari sumber yang 'tak jelas'...maksudnya, mereka bukan emletak budget berapa banyak yang dikeluarkan...tetapi almost dari sumbangan orang islam yang tidak dipastikan siapa....hanya ALLAH je yang tau...
dan DIA Maha Kuasa...Maha Memberi Rezki....
dan sungguh tak sangka boleh membina masjid sebesar itu....
- masjid itu selalu mendapat sponsor makanan dari MAS, kadang2 sampai berlori-lori bila org tabligh berkumpul...kerana org tabligh adalah antara penyumbang terbesar keuntungan MAS...iaitu mereka akan menaiki MAS untuk p ijtimak atau bayan...
 
~fakta yang tak berapa tepat, saya kira....tapi sudah cukup membayang betapa ALLAH itu akan memudahkan mereka yang ingin memudah kan orang lain beramal...
 
sejengkal engkau menhampiri ALLAH, sehasta ALLAH menghampiri kamu....
jika engkau berjalan mendekati ALLAH, ALLAH akan berlari mendekati kamu...
 
marilah amalkan sunnah nabi....dari kita bangun tid, hinggalah kita menutup mata untuk tido....tiada ikutan yang terbaik selain MUHAMMAD S.A.W.....
 
 
*yang membuat saya kagum dengan makcik tu....
kehidupan dia sangat sederhana,tetapi tak la kekurangan....
kesemua anak lelaki nya dihantar ke pondok pengajian tahfiz quran....
dan anak2 perempuannya, perempuan yang baik....
suaminya sangat aktif dengan tabligh dan dakwah....
dan dia redha tika ditinggalkan oleh suaminya untuk melakukan kerja dakwah...kerana bagi dia ALLAH lah yang memeliharanya....


wallahua'lam.... 

 
                                                                                    edit by:fb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...