Tuesday 20 December 2011

usrati....sayang selalu....

salamualaikum...sudah lama jari tidak bertinta di papan kekunci ciptaan manusia kurniaan idea dari ALLAH AZZAWAJALLA...Alhamdulillah.... alfu syukran buat semua follower2,yg sudi join disini...kpada pembaca2 juga...jazakallahukhairan kasira ana ucapkan....


di sini ingin berkongsi tentang keluarga ana jer...mood untuk bertinta kureng ckit...huhu...






ini adik beradik ana....




ini umi ngan ayah ana....








alhamdulillah...semoga kekeluargaan ana mmbawa mawaddah wa rahmah....insyaAllah....

wallahu a'lam...

Wednesday 7 December 2011

berubah menjadi lebih baik...insyaALLAH


Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.
doa berubah jadi baik
“Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya?”
Jawapannya adalah: “Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,” ujar seorang kakak pada sesi perkongsian.
Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
“Suhana, kamu dengar radio apa tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah.” Tanya rakan sekerja saya.
“Oh, radio online. Nasyid.fm, lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat ikim,” ujar saya.
“Itulah selalu pasang ikim.fm kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni.”
Saya terdiam.
Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada potensi itu.
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi. Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. Berubah jadi baik..
berubah jadi baik
Benarlah kata Nabi S.A.W.:-
“Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama.” 
(Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)

DIPETIK DRP PAKAR CINTA.. http://pakarcinta.com

Monday 21 November 2011

ustazah KKQ...

ASSALAMUALAIKUM SMUA......
Alhamdulillah....skali lagi diberi kelapangan untuk mengupdate blog ni....
semoga ALLAH merahmati smua bloggers2...pembaca2 sekalian....smoga kita smua dlm redha ALLAH hendaknya....INSYA-ALLAH....



alhamdulillah,kelmarin 21 nov 2011 ana baru sja mulakan tugas untuk mengajar adik2 kat taski AL-AIN,JERTEH dlm program KKQ,yg diadakan bg mngisi ruang cuti utk mereka dgn perkara2 yg berfaedah...program ni bawah kerjasamA YAPEIM,KIC dan ABIM.... program ni diadakan di 3 tmpat...ana diberi tugas utk mngajar di jerteh...alhamdulillah,ALLAH permudahkan,sbb senang nak gi jerteh  dari rumah ana ni....  ^-^  

seawal jam 7pg,ana dah kluar rumah utk tggu teksi...abi ana xdpt hntar,sbb ada kerja...dlm 15 minit tggu...alhamdulillah,rezeki ana,dpat teksi.... smpai jer  kat taski,kak za ngan kak ilah dh tggu...kak ilah adalah sorang ustazah b.arab kat sk kg nangka...kak ilah bertugas dgn ana hari pertama ni...jadual tenaga fasi berubah2...kak Za pulak adalah  cikgu yg mngajar kat taski tu...kami berbual2 smentara tggu adik2 mai ngaji....


jam 8.30pg,adik2 smua dah dtang...kami mulakan dgn solat dhuha....hari mula2 ni,biasa lah,xbrapa mantOp lg adik2 pserta ni...sbb nama dah mula2...mesti xbiasa...hihi...lucu tgk gelagat adik2 ni...yg paling muda umur 4thn,pling tua tg.2... adik azri,yg drjh 6 mnjadi imam utk solat dhuha hari ni...ana ngan kak ilah mngajar adik2 cara nak tunaikan solat dhuha....

usai solat,kami bertaaruf....lucu rasanya,mndapat title "ustazah jeny"...huhu2...adik2 pggil camtu,rasa segan sgt....ana pun tukar pggilan,suruh adik2 pggil "kak jeny" jer...
alhamdulillah,ukhuwwah dpat ditautkan dgn adik2...kami dah mula nak bermesra....
SUBHANALLAH...begitu suci bersihnya hati adik2 yg ana ajar....mereka mudah menghafaz...mudah membaca KALAM ALLAH MAHA AGUNG....krana hati dan jiwa mereka masih lagi brsih,tanpa tercalit dan terisi dgn noda2 dan perkara maksiat...MASYAALLAH...SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH....    

benarlah,mkasiat boleh mengotorkan hati...mrosakkan jiwa...
andai hati sudah diulit dosa dan noda...
tetapi,andai hati tanpa maksiat,jiwa terpelihara maka terjagalah hati dari dosa noda...

beginilah bertuahnya hati adik2 yang ana ajar...hati mereka masih lagi bersih...kerana itu mereka dipermudahkan oleh ALLAH utk mncari ilmu...beruntung mereka,dipilih oleh ALLAH utk terpelihara dan dijaga oleh ALLAH awal2 lagi...mabruk alaikum wahai adikku sayang... "hani 'insyirah,izza insyirah,izzudin,amir dan azri...smoga ALLAH tetap mnjaga adik smua...tetapkan hati adik2 ke jalan kbaikan,,..istiqamahkan hatimu wahai adikku...smoga mnjadi srikandi dan syabab yang akan mnjadi pejuang agama....adik2 lah yang akan mnjadi pengganti suatu masa nanti,....
insyaALLAH..."  bisikku sendiri....

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menerangkan kelebihan belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain...

Sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya ( kepada orang lain )
( HR Al-Bukhari )

Sabda Rasulullah SAW:
" Orang yang mahir Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit(susah)dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan).
( Riwayat Muslim )

Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar:
"Wahai Abu Dzar!Jika kamu pergi ke suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seribu rakaat"
( Riwayat Ibnu Majjah)

Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah:
"Wahai Abu Hurairah!Belajarlah Al Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian.Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian padahal engkau berada dalam keadaan demikian maka malaikat akan menziarahi kuburmu sepertimana orang-orang yang beriman akan menziarahi Baitullah al-Haram".
( Riwayat al-Dailami)

BELAJARLAH AL-QURAN, SESUNGGUHNYA AL QURAN ITU AKAN MEMBERI HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA PEMBACANYA.RASAILAH KENIKMATAN DAN KEMANISAN IMAN MELALUI AL QURAN.
....
wallahu a'lam....
 



 

Wednesday 16 November 2011

PURDAH.....(kain kecil itu...)

 salamualaikum smua.....=)   alhamdulillah....hari ni diberi kesempatan utk bertinta di blog ALMUJAHIDAH NUR JANNAH ini...insyaALLAH....

 di sini....ana ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang persoalan2 yg diutarakan oleh sahabiah2 berkaitan isu pemakain purdah...ni antara soalan2 yg selalu diajukan...

"enti,xper ker xpakai purdah ni??dlm skolah,kat ipta??"
"enti,knapa xpkai purdah dlm skolah??"
"enti... apa hujah yag boleh enti guna,enti buka puradh ni??"
"skejap pakai skejap tak enti ni..."

soalan ni sering diajukan kat ana..sbb ana xdibenarkan berpurdah kat skolah,tp tetap pakai kalau kat luar...alhamdulillah...

jadi...di sini ana ingin berkongsi bberapa jawapan yg dipetik dalam blog ustaz ana,smasa ana menimba ilmu di pasir tumboh dhulu...  ustaz Rahim... dlm blognya.. singalaka.blogspot.com

ni adalah antara soalan2 yg diajukan kpd ustaz Rahim...drpd sahabiah2 yg lain,yg turut dlm dilema spt ana dulu...dan di bwahnya jwapan drp ustaz.. dan juga luahan2 sahabiah2 lain...

insyaALLAH....smoga kita smua mndapat petunjuk dan hidayah driNYA....amin...

*************************

 SOALAN:
 Saya sangat ingin berpurdah. Namun sebagaimana sabda Rasulullah SAW, diakhir zaman, menjaga agama seperti menggenggam bara api.
Di KPTM kami tidak dibenarkan berpurdah terutamanya sebagai tenaga pengajar. Saya pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana hendak menjaga kemaslahatan ini.
Namun kemudiannya saya terkenangkan pelajar saya. yang rata-rata tidak mengenal agama. tiada siapa yang sudi berjumpa mereka untuk menyampaikan seruan agama. Mereka benar2 golongan tercicir dan sangat jauh. Pendidik pula kurang memberi perhatian. Bukan sahaja kepada pelajar malahan diri mereka sendiri.
Patutkah saya meninggalkan mereka ini di tangan yang lain???
Maka kini saya mengekalkan menutupi aurat yang maksimum kecuali purdah (tutup wajah)..
Ustaz tolong nasihati saya, saya di persimpangan yang mengelirukan…

  .Mengenai ketika mengajar di sekolah maka pakailah qaul dhoif dari mazhab kita Imam syafei iaitu harus membuka muka .Keluar dari sekolah ,maka pakailah purdah ,beramal dengan qaul yang asah iaitu mu’tamad .Itulah maslahah syara’.Seperti kata Sayidina Abu Bakar Jikalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua .Wallahualam

******************

LUAHAN SHBAT LAIN:
Alhamdulillah, bila dah berpurdah rasa lebih selesa. Biasa orang tanya, macamana nak makan? InsyaAllah tak ada masalah…bila pergi kenduri rumah jiran, makan saja di sebalik purdah…masyaAllah,nikmat…walaupun ramai mata yang memandang. Betul cakap ustaz, amal sunnah itu ibarat genggam bara api. Islam itu dtgnya dagang & ia kembali dagang, ianya menjadi suatu kepelikan pd org lain. Bukannya non-muslim yang pelik, tp org Islam sndiri. Smoga Allah beri taufiq pada kita smua. Wallahu alam.

waa’laikumsalam.alhamdulillah ,teruskan memakainya.nak tunggu apa yg orang cakap memang tak boleh buat kerja jawabnya .Insyaallah carilah keredhaan Allah yang pastinya Allah taala akan mencukupkan kita di kalangan makhluknya . Jika kita menuntut keredhaan manusia ,maka Allah taala akan serahkan segala urusan kita pada manusia (ya’ni tiada pertolongan dari Allah)

************************************

SOALAN:
salam…
ada yg mengatakan amal purdah ni berat n x boleh sewenang2 n sebarangan org pakai purdah. klu nk pakai kena baik akhlak dulu takut jd fitnah pd agama, bimbang org anggap pakai purdah tp akhlak x jaga…
ada jgk org bgtau saya yg pemakai purdah ni ada 2 sebab satu kerna betol2 nk pakai satu lg sbb nk ria’…
klu betol2 nk pakai kena package dgn sarung tgn yg tutup semua jari2 skali… klu x, jgn pakai….
sdgkn org yg berkata masih x pakai sarung lengan yg mana bila pakai pakaian yg hjg lgn x berbutang akn mendedahkn sedikit lengan jika tgn baju terselak…
mtk penjelasan ustaz…

Wslam.Pertama jika kita nk tunggu apa orang kata memang tak boleh buat kerja sebab di mata orang selalu sahaja ada kesalahannya .Kedua kata sayidina Abu Bakar jika kita tak boleh buat semua jangan tinggal semua .Dengan ma’na jika tak mampu untuk lakukan penutupan dengan sempurna iaitu memakai sarung tangan dan lain2 melainkan dua biji mata sahaja ,maka tutuplah mana yg mampu setakat ini .Jika nk baik akhlak ,kenalah tutup aurat secara sempurna .Bukan dah baik akhlak barulah nk tutup .Tak dapat dinafikan bahawasanya ramai yg pakai purdah kerana adat bukan kerana ibadat .itulah yg kadang2 pakai kadang2 tidak dengan tiada uzur (uzur seperti larangan pakai purdah di kampus misalan) .Fitnah agama ni banyak.jangan pandang pada org yg cuba nak berubah kearah kebaikkan tapi tak sempurna sahaja yg boleh menimbulkan fitnah .Mana lebih baik dibanding fitnah yg dibawa oleh artis2 kita? Terimakasih kerana perihatin saudari

***********************************

SOALAN:
assalamualaikum ustaz… alhamdulillah, saya baru sebulan pakai purdah tapi dah rasa perbezaan yang sangat baik. cuma saya ingin bertanya, adakah saya dikira mempermainkan hukum pemakaian purdah kerana apabila famili saya berkumpul dengan saudara mara, saya menanggalkan purdah tetapi aurat yang lain masih saya tutup? saya cuma memperlihatkan muka saya kepada saudara mara saya. bolehkah saya terus buat begitu ustaz?

  • waalaikumsalam.menutup purdah iaitu mengelak fitnah.sekiranya rasanya sedara kita yg mungkin membesar bersama kita .bolehlh kata harus..tapi kalau sedapatnya tutuplah tapi kalau tk boleh ambillah yg harus.wallahualam

assalamualaikum ustaz… satu lagi soalan saya nak tanya, ibu bapa saya izinkan saya berpurdah cuma kata mereka janganlah serba hitam. disebabkan saya baru berpurdah, saya pakai tudung dan purdah yang berwarna lembut (pudar & tak terang), beserta jubah gelap sebab di universiti saya, satu dalam seribu student yang pakai purdah serba hitam pakaiannya. disebabkan sikit saja yang berpakaian serba hitam, jadi mereka ini telah menarik perhatian ramai lelaki untuk mendekati mereka. saya tahu warna hitam itu memang dituntut oleh Islam untuk golongan wanita tapi tidak mengapakah saya mengelak untuk berpakaian serba hitam semata-mata ingin mengelakkan daripada diganggu oleh student lelaki di universiti saya? mohon ustaz jelaskan..

waalaikumsalam, pakai purdah tak semestinya hitam tetapi hitam tu lebih baiklah.asalkan warna itu tu tak terlalu terang sehingga membawa kita pada tabbaruj.boleh saja seperti warna koko atan coklat misalan

By: singalaka on Jun 12, 2011
at 2:58 am
Balas

******************

SUBHANALLAH....indahnya agama ALLAH ini...
smoga dpt mmbantu shabiah2 lain dlm merungkai persoalan di minda...

kpada niqabis2 skalian...keep ISTIQAMAH...=) teruskan mujahadah dlm mengekalkan niqab antumna smua...insyaALLAH...

salam mujahadah fillah... ^-^









sumber:http://singalakas.blogspot.com

Monday 31 October 2011

............sungguh!!! benar2 menjadi kata semangat....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
 YA RABBI....


KERANA ALLAH....
KERANA NABI....

KERANA IBU
KERANA AYAH..


AKU DI SINI...
SEORANG DIRI...

BERSAMA HATI...
UNTUK ILAHI....


ini adalah kata2 daripada satu program yang diberi oleh YDP ABIM BESUT...
syukron akhi iman....kerana kata2 ini amat mmberi makna slepas program trsebut....


dan kata2 ini mbnjadi tinjang semangat untuk terus berada di SMKANI...
dgn plbagai mehnah dan tribulasi yang ada....


terima kasih WAHAI KEKASIH AGUNGKU...  ALLAH AZZAWAJALLA!!!

Saturday 15 October 2011

best lagu nim.....

Lirik Lagu Amani (Untuk wanita solehah) - Amar

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati............

slamat tinggal muka buku>>>>

salamualaikum....udah lame tak update blog...
xdan masa...maklumlah,diri masih lagi plajar sekolah...kaki baru selangkah di pintu U...

emm...2 3 mggu ni...ketenangan hati tergugat dgn gangguan2 xdiundang dari muka buku..yakni FACEBOOK...ya ALLAH..mcm2 ana dpt meseg dari rijal2 di luar sana,mlalui fb...
lbh  mngejutkan lagi...mereka berani nK melamar diri ana mlalui medim fb tu...
ALLAHURABBI...!!

Hanya ALLAH jer yang tahu...begitu takut hati ini...
Takut ALLAH lepaskan hati ni kpd rijal2 di luar sna..
Alhamdulillah...Allah masih lagi memegang hati ana...
 masih terpaut utuh kpadaNYA lg...Alhamdulillah....

ayat slh sorang rijal yang tu berbunyi "kenan ngat dgn muslimat berpurdah ni...klau diizinkan,nak knal lbh dekat..."  .....
duhai rijal...muslimat ini bukan mahukan  pujian dan kata2 manis...
muslimat ini hanya mahu redha dari ALLAH...LILLAHI TA'ALA...

satu lagi yang lebih mmbuatkan diri ini mmbuat kputusan nekad utk mnggalkan fb...
krana ada bbrapa org rijal yang mmg berniat baik,tapi tersalah caranya...
mlamar diri ini dgn menulis dekat wall ana...t.kasih utk lamaran2 yg baik itu...tapi duhai rijal...
sedarlah...cara itu mmbuatkan diri ini semakin kuat utk tidak menerimanya...
ana menolak smua itu dgn dalil2 dari Ayatullah...

dlm kita tidak sedar,...benda ni smemangnya blh mnjadikan kita berikhtilat tanpa batasan...
walaupun tak bertentangan mata...
tapi hati pulak yang mnjadi pgganti mata...
dan ingat....hatilah punca sgalanya..krana hati akan mncorak luaran kita... 
jagalah hati..jgn kau kotori....hihi  (lagu dari snada)...



T.kasih ya ALLAH...krana pinjamkan kekuatan hati ini...
banyak hikmah yang tersembunyi....
ALLAH tidak menyerahkan hati ini kpda rijal yang bukan mmbawa diri ini kpadaNYA..
ALLAH masih mndengar luahan diri ini,agar mnyerahkan hati ini kpada sorang rijal..
yg juga mnjadi imam kpada diri ana...


DAN....tamatlah riwayat fb dlm hidup ana...
cukuplah pngalaman itu mnjadi didikan utk terus terusan mngikat hati dan diikat hati oleh yang maha BERHAK..
bg ana...medium fb hnya satu wasilah utk menyebarkan dakwah dan menambah kenalan...

smoga shbat2 di luar sna..mggunakan fb dgn sebaik mungkin....insyaALLAH...

Saturday 17 September 2011

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

YA ALLAH...jika ia baik buatku....dekatkanlah ia untukku.....
jika ia buruk untukku,jauhkanlah ia dariku....
sesungguhnya ENGKAU MAHA MNGETAHUI SEGALANYA....

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Tuesday 30 August 2011

....Dia after spm..


Ya Rabbi,
lembutkanlah hati-hati hambaMu yang membacanya
amin~
moga Allah redha dengan perkongsian ini~

*************
'sejak bila wei dia jadi macam tu?' ,
'tiba-tiba je ni, ke mata aku yang rabun sekarang ni'
'betul ke tu Aisyah?macam mak Arab la pulak.'


 di hadapan mereka, Aisyah sedang melangkah ke arah mereka sambil melambaikan tangan..hanya sepasang mata Aisyah yang mampu mereka lihat ketika ini…

'Assalamualaikum Siti, Mia' Aisyah masih mengukir senyuman di balik niqabnya.. buat sahabat kesayangannya.

dia tahu penampilannya tika itu pasti mengundang rasa pelik dan penuh persoalan dari kedua kawan karibnya itu,
apa tidaknya, sebelum 3bulan cuti lepas SPM, dia seorang yang bertudung  labuh jer...berbaju kurung..dah la baju kurungnya slalu xmasuk dgn tudung labuh yg dipakainya….

Selepas habis SPM?? penampilannya berubah terus!
 Masih bertudung labuh, tetapi baju kurungnya ditukar dgn berjubah, memakai kasut,dan terakhir,ditambah dgn harga niqab yang dipakainya.. sejuk mata memandang, aurat terpelihara,pintu2 fitnah ditutup sempurna,..

'waalaikumussalam, kau ni kenapa Aisyah? Lepas SPM jer, jd mcm ni..asal?tak nak kawan dengan kitorang lagi ke?'
'yelaa kami ni sape la kan, tak adalah macam kau sekarang ni, ko ada join apa2 ke ni???'

'Siti, Mia, aku tetap kawan korang sampai bila-bila tao!' Aisyah terus meluru memeluk mereka berdua. 
doanya di hati, 'Ya Allah, telah Engkau kurniakan diri ini taufiq dan hidayahMu, lembutkanlah hati-hati insan yang aku kasihi ini ya Allah, 
moga kami kan kekal bahagia hingga ke syurgaMu, amin~'

*************
Penghijrahan...

Barangkali peristiwa di atas berlaku bagi sesiapa yang mahu berhijrah dari kegelapan kepada cahaya yang sarat dengan keimanan, mungkin ada yang mencerca, ada yang pelik, ada yang takjub 'macam mana la dia boleh ada kekuatan nak pakai macam tu'. mungkin biasa juga dengar, perkataan 'kolot' 'old fashion', 'tak sesuai pakai zaman ini dan pelbagai lagi tomahan yang dikenakan bagi insan-insan terpilih yang diberi hidayah dari Allah S.W.T. 

alhamdulillah.

kemudian dari sisi yang satu lagi, bagi insan-insan yang sudah mempunyai kesedaran untuk berubah, ada sesuatu yang membuatkan mereka takut untuk berubah. Ada sesuatu yang menghalang mereka untuk mempraktikkan pula kesedaran yang timbul di hati mereka.

'famili aku boleh terima ke perubahan aku ni?'
'mesti kawan-kawan aku pelik nanti aku tiba-tiba berubah pakai macam ni?'
'boleh ke aku kekal baik macam ni, macam-macam dah aku buat dulu, boleh ke aku jadi baik'
'Allah boleh terima aku ke?macam-macam dah aku buat dulu,'

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
bukan semua insan dianugerahkan rasa kesedaran dan keinsafan yang membuatkan insan-insan ini mahu berubah dari kepekatan arus jahiliyah kepada golongan minoriti yang memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka akan dianggap asing, pelik dan tak kurang juga, ada yang mengatakan pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna itu tidak relevan untuk dipakai di zaman serba moden ini. bagi yang dikurniakan kesedaran dan kefahaman untuk berubah memperbaiki diri menjadi lebih baik, jangan tangguh-tangguhkan pelaksanaan dan mempraktikkan keindahan Islam itu dalam kehidupan seharian.

Rasulullah SAW bersabda:
“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim

Mungkin dulu, aurat tidak dijaga dengan sempurna, pakai tudung pendek tak tutup dada, pakai tudung bawal yang jarang nampak leher, memakai baju yang singkat tidak menutupi punggung, pakai jeans ketat, pakai legging, tak menutup kaki yang juga merupakan sebahagian bagi aurat seorang perempuan, …
Malahan,dulu sudah ditutup sempurna dgn kelabuhan tudung..tetapi ingin mnjaga lagi,dgn ditutup seeratnya….

mungkin dulu suka mencaci maki, suka marah-marah, suka menghentam orang lain, malas belajar
Kini, kesedaran itu hadir, rasa yang hadir untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba Allah.

“Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripada kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” - Surah al-Baqarah: ayat 85


Ujian mengiringi perjalanan kehidupan.

Pabila seseorang itu mahu  berubah, ia  memerlukan keazaman dan kesungguhan yang utuh, selepas berubah perlu menghadapi kecaman orang-orang disekeliling pula. Ada yang mencerca, ada yang menghina, ada yang menjauhkan diri, dipulaukan dan terasa hidup amat amat kosong. Tiada tempat mengadu, tiada teman berkongsi sedih, tiada sesiapa yang memahami. tetapi ketahuilah ,bahawa Allah sentiasa memerhati, tiap masa dan ketika, sentiasa bersama kita, tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat sekalipun, ketahuilah segala ujian dan dugaan itu adalah tarbiyah dari Ilahi yang ingin memandu diri agar terus kekal di atas jalan yang diredhai.

berputus asa?kembali ke masa lalu?pekat dengan jahiliyah, diri berbangga dengan dosa, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?

tidak.tidak.tidak. 

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.”
- Surah al-Baqarah: ayat 208.

walau jalan yang dipilih ini penuh duri, mengalir mutiara-mutiara kaca saban hari, pedih ditindas dan di hina, terasing, dipulaukan atau kehilangan, jangan sesekali berpatah balik ke masa lalu. ketahuilah Allah bersama kita saban hari tiap waktu untuk membantu kita membina jati diri sebagai seorang mukmin yang sejati. 

setiap ujian dan dugaan yang melanda kita, adalah tarbiyah dari Ilahi untuk kita memperbaiki diri sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T. bukannya hamba kepada nafsu diri, bukan juga hamba kepada syaitan segala ajakannya kita turuti, segala kehendak nafsu kita penuhi, bagaimana pula dengan kehendak Allah S.W.T? adakah kita telah memenuhi dan mensyukuri segala nikmat pemberianNya? sentiasa bertaubat kepadaNya?dimana kita letak DIA di hati kita?adakah dengan meletakkan nafsu dan ajakan syaitan di depan, Allah kita abaikan? nauzubillah.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Surah Al-Baqarah: 214

Manfaatkan mujahadah ini sepenuhnya.

Jadikan mujahadah kali ini satu platform untuk merubah diri, membuang segala karat jahiliyah yang masih melekat pada diri....

Jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu..(A l –Hadis)

Mari sama-sama kita renungkan, fikir-fikirkan, atas sebab apa Allah jadikan kita di muka bumi, atas sebab apa kita berjalan di bumiNya, menghirup nafas tiap hari, waktu siang kita bekerja, malam kita berehat, adakah ini semua satu kitaran hidup atau satu keterbetulan hidup?
adakah kita ini dijadikan secara kebetulan?terjadi dengan sendiri dan hiduplah ikut kehendak hati, begitukah?

pengakhiran hidup yang bagaimana kita mahukan?
penilaian apa yang kita perlu utamakan?
neraca hidup yang mana kita gunakan?

jika ditakdirkan esok kita mati,
bersediakah kita mempersembahkan amalan kita kepada Ilahi?
sudah cukupkah kebaikan yang dilakukan untuk menutupi dosa-dosa lalu?
sudah lunaskah segala hutang piutang di dunia?

MATI itu pasti berlaku
bagaimana persediaan kita untuk menghadapi kematian?
bersediakah kita untuk bertemu Yang Dicintai?

mari sama-sama kita muhasabah diri kembali
tundukkan hati tundukkan nafsu

moga kita kan mampu merasa kerdil diri sebagai seorang hamba Ilahi

insyaAllah
amin~

~niatkan segala perubahan yang ingin dilakukan hanya keranaNya dan bukan kerana manusia kerna manusia pasti kan mati jug diakhirnya meninggalkan kita~

Thursday 4 August 2011

surat ini dari hawa...untuk Adam..

Assalamualaikum W.B.T....

ana sbenarnya tidak pernah berniat untuk memprkenalkan diri ana kpada sesiapa...apatah lagi meluahkan ssuatu yang hanya ana khususkan buat Adam sbelum tiba masanya...





kepada seorang Adam....
yang amat Hawa hormati...
usah ditanya mengapa hawa pergi...
usah disoal mengapa hawa mnjauh..
usah jua dimusykilkan...
mngapa hawa mnjarakkan diri hawa...
dari jasad adam...
hawa bukan mmbenci jasad adam...
jua perilaku dan sikap adam...
hawa berhijrah...

cuba bermujahadah...
mncari sinar yang selama ini hawa dambakan...

 duhai adam...
usah berduka kerana penghijrahan  hawa ini...
hawa beriktikad..
mempersiapkan jasad dan peribadi  hawa...
mnjadi seorang insan yang sempurna...
cuba jua menginsafi kekhilafan lisan... 
untuk mnjadi sekuntum Az-Zahra...
hawa harus mmpersiapkan....
bahtera peribadi jua perilaku hawa...
untuk mnjadi seorang nisa'...
yang terpuji akhlak dari segi zahir dan batinnya...

namun.....

dikau jua adam hawa..
usah berleka dek kealpaan dunia...
tapi....
persiapkanlah jasad dan hati adam...
untuk suatu ketika...
mnjadi imam kepada hawa...
hawa mngharapkan supaya..
kita sama2 brjalan..
di atas satu permiadani yang terhampar..
supaya bersinar suatu harapan...

 hanya kerana ALLAH kita bertemu...
jua hanya kerana ALLAH mujahadah ini...
hawa berjanji kerana ALLAH...
andai satu satu ketika nanti...
kita disatukan...
dgn lafaz sakinah itu...
yakinlah....

ini jua kerana ALLAH..
akan tetapi...
andai bukan akad yang suci mnyatukan kita...
hati harus pasrah..
jiwa harus tabah...
kerana ini suratanNYA...
pastikan ada hikmahnya..

namun....
lengkapilah jasad ini...
supaya hati sntiasa kerana ALLAH...

duhai adam...
moga an- nisa' yang mnjadi pndamping adam...
adalah yang terbaik untuk adam...
hanya doa yang mnjadi pendinding...
supaya hati yang bemujahadah..
sentiasa berkilau...
mnjadi permata yang berharga..
moga jua hubungan kita ini...
akan snetiasa dirahmati ALLAH...
hanya kerana ALLAH..
mujahadah yang satu ini...




p/s:
buat diri adam...
moga haruman mujahadah ini...
akan sntiasa mengharumi taman perjuangan kita...
moga ukhuwwah yang tersimpul...
tetap teguh hanya kerana ALLAH yang satu...

ukhuwwah fillah daiman abadan abada....


wassalamullah....












Tiada TUHAN melainkan ALLAH..NABI MUHAMMAD pesuruh ALLAH...

Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawab dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”....

Dipetik Daripada Aku Benci Dedah Aurat Di Facebook

kasut perempuan membawa fitnah??



salam....
petang tadi bersembang dengan seorang makcik....
sembang tentang kehidupan....
kini, makcik tue dah berpurdah....
 
wow!
perempuan yang memberatkan auratnya, yakni dengan berpurdah, di akhirat nanti ALLAH sendiri yang akan berjumpa dengannya....
hebat kan?
 
sblm ni, makcik ni pon mmg bertudung labuh...
 
back to our topic.....
betul ke kasut perempuan membawa fitnah?
makcik menerangkan kat saya....
lelaki kalo tengok kasut perempuan, akan terlintas dihati dia tentang si pemakai kasut tersebut...
 
'kasut cm saiz kecik, misti perempuan ni pon kecik gak...kalo tak pun tinggi,tapi kurus...'
 
so on...and so on.....
 
kalau kasut pon boleh mengundang fitnah, apatah lagi suara yang dilenggok-lenggokkan...
apatah lagi memakai pakaian yang menampakkan susuk badan....
apaah lagi kalau perempuan itu memakai tudung bawal senipis jaring yang menampakkan alur leher...
kadang boleh nampak rambut yang disanggul dek kerana tidak memakai anak tudung....
 
fikir kan.....
 
perempuan yang free hair, if kahwin dengan lelaki yang baik-baik....
tak mustahil satu hari nanti dia akan memakai tudung....
tetapi, perempuan yang bertudung, if kahwin dengan lelaki yang 'biasa-biasa'...
tak mustahil satu hari nanti dia akan free hair.....
 
see....betapa lemahnya perempuan itu....
hanya kuat dengan kehadiran lelaki...
lelaki sebagai pelengkap hidup nya....
 
dia menjadi baik kerana lelaki....
dia menjadi jahat kerana lelaki...
dia menjadi bodoh kerana lelaki.....
dia menjadi bijak kerana lelaki....
dia menjadi kuat kerana lelaki...
dia menjadi lemah kerana lelaki....
 
kerana hadirnya dia untuk lelaki...
dan lelaki tercipta untuk dia....
 
makcik ni tanya pada ana...
"lepas subuh kamu lapang tak?"
 
glurp!huhu....hot!
"kalau bangun awal, lapang la lepas subuh tue...kalau lewat....x...hehe"
 
"amalkan baca yaasin pas subuh, ALLAH akan bagi kesenangan untuk kita pada hari itu untuk menyelesaikan segala masalah pada hari itu...."
 
insyaALLAH makcik...saya akan cuba amalkan....
 
makcik ni juga bercerita tentang tabligh...masjid sri petaling....
 
saya memang tak pernah p masjid sri petaling tue....makcik kata, cubalah try solat kat sana....masjid sri petaling adalah masjid terbesar di malaysia...boleh memuatkan kira 200,000 jemaah...dan setiap hari, masjid tersebut tak pernah kosong dengan kehadiran jemaah untuk solat berjemaah....tapi kena tutup aurat bg permepuan kalau nak masuk masjid tue, sebab nanti dihalau oleh pakguard.....
 
~kalaulah ALLAH halau kita dari bumi ni, kalau kita tak menutup aurat...mana kita nak pergi?
 
paling menarik cerita tentang masjid itu seperti yang diceritakan oleh makcik tu adalah....
- almost pembinaan masjid itu dibina oleh para jemaah secara bergilir-gilir...dan suami makcik itu adalah salah seorang yang tolong buat masjid itu tanpa diminta....
- mereka mendapat dana dari sumber yang 'tak jelas'...maksudnya, mereka bukan emletak budget berapa banyak yang dikeluarkan...tetapi almost dari sumbangan orang islam yang tidak dipastikan siapa....hanya ALLAH je yang tau...
dan DIA Maha Kuasa...Maha Memberi Rezki....
dan sungguh tak sangka boleh membina masjid sebesar itu....
- masjid itu selalu mendapat sponsor makanan dari MAS, kadang2 sampai berlori-lori bila org tabligh berkumpul...kerana org tabligh adalah antara penyumbang terbesar keuntungan MAS...iaitu mereka akan menaiki MAS untuk p ijtimak atau bayan...
 
~fakta yang tak berapa tepat, saya kira....tapi sudah cukup membayang betapa ALLAH itu akan memudahkan mereka yang ingin memudah kan orang lain beramal...
 
sejengkal engkau menhampiri ALLAH, sehasta ALLAH menghampiri kamu....
jika engkau berjalan mendekati ALLAH, ALLAH akan berlari mendekati kamu...
 
marilah amalkan sunnah nabi....dari kita bangun tid, hinggalah kita menutup mata untuk tido....tiada ikutan yang terbaik selain MUHAMMAD S.A.W.....
 
 
*yang membuat saya kagum dengan makcik tu....
kehidupan dia sangat sederhana,tetapi tak la kekurangan....
kesemua anak lelaki nya dihantar ke pondok pengajian tahfiz quran....
dan anak2 perempuannya, perempuan yang baik....
suaminya sangat aktif dengan tabligh dan dakwah....
dan dia redha tika ditinggalkan oleh suaminya untuk melakukan kerja dakwah...kerana bagi dia ALLAH lah yang memeliharanya....


wallahua'lam.... 

 
                                                                                    edit by:fb

Friday 29 July 2011

surat drp seorg nisa' untuk bakal imam dirinya....


assalam.... 
 

hanya kerana ALLAH kita bertemu....
jua hanya kerana ALLAH mujahadah ini....
ana berjanji kerana ALLAH...
andai satu ketika nanti...
kita disatukan...
dgn lafaz suci itu...
yakinlah.....
ini jua kerana ALLAH...
akan tetapi....
andai bukan akad yang suci yang menyatukan kita....
hati harus pasrah....
jiwa harus tabah...
kerana ini suratanNYA....
pasti kan ada hikmahNYA....


namun....

lengkapilah jasad ini...
supaya hati  sntiasa kerana ALLAH...


insyaALLAH....salamualaikum....






Thursday 30 June 2011

AMPUNI AKU YA ALLAH.......

ya ALLAH...........
Tambah kapsyen
~ Maafkan aku yaAllah..ampunkan segala dosa2 ku..aku salah..aku banyak menanggung dosa2 yang tak terlarat untuk di pikul bahuku..sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi penyayang..dengan kasih sayangMU , aku mendapat pengampunan dan pembelaan dariMU..   ~ Berkali-kali aku bergelumang dengan dosa dan noda, entah apa salah ku..membuatkan diriku sekali lagi tersasar..! masYAALLAH...mungkin aku tak kuat..! mungkin aku mudah lupa..! berkali-kali aku menangis dan merayu memohon keampunan dari tuhanku atas segala kejahilan dosa2 ku.. kenapa agaknya aku degil..! kenapa begitu jahil aku..terlalu lemah imanku buatMU yaAllah...tergamak aku mengulangi dosa silamku atas alasan ` kau maha pengampun`..subhanallah...dangkal nya fikiranku..aku terlalu bertuhan kan akal dan nafsu..! aku terlalu ego untuk semua itu..aku haloba dengan dunia yang sementara..    ~ yaAllah...maafkan aku...! aku terlupa tentang diriku..aku terlupa tentang imanku..aku lupa tentangMU..aKU LUPA SEGALANYA...jahil nya aku kan... maafkan aku.... aku mungkin terlena buat sesaat...! aku mungkin tersasar buat senafas..! aku mungkin terjatuh buat sejenak..! tapi aku tak mahu tewas buat selamanya...hidupku penuh tujuan..penuh impian hakiki...    ~ dalam fikirku..agaknya sudikah tuhan Kau memaaffkan ketelanjuran dan kekhilafan diriku buat kedua kali ini..? kerana aku mengerti akan sifat pemaaf dan penyayang MU aku semakin tenang dan mengharap keredhaan dan ampunanMU...insyaAllah..   ~ kadang-kadang diriku diruntun malu..! malu atas dosa2 ku..aku takut kau tidak menerima taubatku... ~ kadang-kadang aku ditimpa bimbang..! bimbang kau jauh dari aku.. ~ kadang-kadang aku hampir putus asa..putus harapan kerana takot Kau sia2 kan diriku.. kerana aku yakin Kau tak pernah menzalimi hambaMU, Kau menyayangi hambaMU..Kau selalu dalam hati2 Kami..menyebabkan hatiku bertambah yakin untuk kembali padaMU..subhanallah..betapa jahilnya aku tentangMU..!! betapa KAu mengenali nya diriku.. Aku mintak maaf wahai Tuhanku..Aku pernaH lupakanMU..tapi Kau tak pernah lupakan ku.. mungkin aku juga pernah berburuk sangka dengan MU...tapi Kau selalu bersifat pemaaf... aku mintak ampun ya rabb...!! mungkin aku tak pernah bersyukur dgan segala nikmat2 MU...tapi Kau tak pernah berhenti mencurah dan membasahi aku dengan nikmat rahmat MU.. aku sombong tuhan..! aku jahil..bila terkenang peringatan dan pembalasan MU aku sedar...aku pasti akan dihisab..   Wahai Tuhanku ~ dengan sifat pengampun dan penyayangMU, maafkan segala dosa2 ku yaAllah...maafkan segala kealpaan dAn kelalain diriku.. jangan Kau menghukum diri kami kerana salah dan lupa kami..juga jangan bebankan kami dengan bebanan yang tak sanggup kami pikul seperti umat2 terdahulu.. maafkan kami, rahmatilah, readhai lah kami...sesungguhnya engkau penolonh kami tika menghadapi ujian..tolonglah kami yaAllah..! berikan kepda hati2 kami rasa takot dan gerun kpada MU.. jagalah dan lindungilah kami, jangan pernah biarkan kami bertatih sendirian mencari sinar hidayahMU...aMIIN...         

Wednesday 29 June 2011

gi daftar di pondok pasir tumboh....

ASSALAMUALAIKUM....salam ukhuwwah....

selepas SPM....diri ana xtahu nak buat apa....duduk jer kat umah...hanya ALLAH yg tahu betapa bosannya..bayangkanlah,3bulan cuti...tanpa buat apa2...

kalau diingatkan balik,sebelum habis spm,ada jugak berbincang ngan sahabiah2 ana,nak menimba ilmu di pondok....tapi,perancangan tu,setakat keluar di mulut jer lah...keputusan tak tahu lagi...ana ingat lagi masa rancang tuu...ana ngan sahabat ana sorang lagi,mmg sgt2 teruja utk pergi menimba ilmu di sana....dan...setelah tamat berjihad dgn kertas2 spm selama sebulan lebih...alhamdulillah,ana dan smua calon SPM 2010 slamat kmbali drp medan jihad ilmu....


bermula lah,ana ngan slh sorg shbat ana ni,merancang utk ke sana....rancang punya lah rancang....akhirnya masing2 bersetuju utk pergi menadah ilmu di pondok pilihan kami....iaitu PONDOK PASIR TUMBOH,KOTA BHARU,KLNTAN.... alhamdulillah....ALLAH telah memilih ana ngan shbat ana utk menambahkan ilmu kami yang maha sedikit...

setelah pulang ke rumah...ana terus berbincang ngna ayh dan ummi ana...berdebar jugak masa nak suarakan hasrat utk belajar kat pondok tuu...ye lah...kali pertama mintak nak blaja sana...masa mula2 kluar ayat nak g sana tu...ummi terus kata"sapo lg nak g??" makin debar nii...ana pun jawab,ngan shbat ana sorang lagi...ayah ana diam jer mula2 tuu...lpas tu baru dia bersuara,..dia kata,kna betulkan niat nak g sana,tmpat berkat...nak g kna blaja molep,sbb ilmu2 sana,smua ilmu yang wajib,yang bukan menda remeh temeh....ana angguk2 jer...tanda faham dan berdoa dalam hati,....smoga ayah ummi bagi....

alhamdulillah....terima kasih ya ALLAH....kerana telah memilih diri ini utk pergi menimba ilmuMU yang maha KAYA....di tempat yang penuh barakah dgn ilmuan2 yang zuhud dan bertaqwa kpdaMU....ummi dan ayah ana telah mmberi keizinan kpada ana....ana tersenyum tanda syukur,dan lega dan bakal melengkapkan ilmu di dada sebanyak mgkin,insyaALLAH....malam tu ana terus telefon shabat baik ana,utk tanya jwapan dia pulok...emm...nampaknya ana sorang la akan gi...sbb dia xjadi gi lagi,....dia ada hal yang perlu diselesaikan dulu...sedeh jgk,sbb xdapat sama2 ngan dia utk blaja sana... mgkin ALLAH akn bagi dia kesempatan di lain masa utk prgi sana,BIIZNILLAH....mudah mudahan ALLAH permudahkan jalan utk shbat ana itu ke sana...AMIN..ALLAHUMMA AMIN....

Tiba lah masa ana nk gi daftar dipondok....bersama ngan ayah ummi...debar jugak,sbb xprnh ag sampai situ..dalam hati memanjat doa dariNYA agar dipermudahkan segala urusan....wahhh!!! macam nak gi mekah pulak ana ni...hehehe.... ye lah...pondok tmpat penuh keberkatan....terasa datang jugak perasaan lain...layakkah aku gi??layakkah aku gi??soalan yang sntiasa meracuni fikiran sepanjng prjalann ke pondok...hati cpat2 beristighfar,kerana ALLAH tlah memilih diri ini utk kesana....syukur yaALLAH....

dup2...dup2....makin terasa berdebar...apa tidaknya,masuk jer pintu gerbang bertulis"PONDOK TERUSAN LIMBAT,PASIR TUMBOH KOTA BHARU,KELANTAN......dataran pondok dipenuhi dgn muslimin2 pondok tu,yang lengkap berserban dan berjubah putih.....ana pelik,sbb xpernah tgk seramai tu rijal2 yang berkeadaan sedemikian...mata mula diselinap bisikan2 halus dari syaitan....astaghfirullah...cepat2 tersedar dan menundukkan wajah,kerana takut tidak dapat mnjaga pndangan mata ini...juga malu diperhati oleh muslimin2 disana,yg sememangnya ana tidak tahu apa di fikiran mereka,krana muslimat di sana smuanya berniqab...tiba2 ana masuk tanpa berniqab...jarang amat sekali mereka boleh mlihat muslimat tanpa niqab di sana...kerana ana tidak berniqab,ayah menyuruh ana supaya tundukkan wajah kerana takut fitnah datang bertali arus...ayh terus turun utk bertanya kerana pelik dgn situasi tu,ramai sgt...ingatkan ada perhimpunan khas mereka ker....bila ayah masuk dlm kereta,ayah kata isteri tok guru mudir pondok tu baru jer meninggal pagi tadi...sbb tu ramai plaja2 pondok muslimin kat dataran...tggu utk mjlis pngebumian....begitu rupanya.....tiba2 sorang ustaz tu datang kat kereta kami,gtau mggu depan baru blh daftar,sbb mggu ni sibuk dgnn urusan arwah mak haji,isteri tokguru pondok...kuciwa jgk,sbb xdapat nak masuk terus,tapi tetap bersyukur kerana masih lagi ada peluang utk gi sna....ALLAH mgkin mnyuruh ana siapkan diri dgn lebih lagi,utk gi sna... insyaALLAH...

seminggu berlalu,hari sabtu,ana dan ayah,ummi kmbali ke pondok tuu....alhamdulillah,ALLAH memilih ana skali lagi,utk betul2 dapat blja sana...ana dan ummi dijemput naik ke rumah tokguru pondok tu sendiri....terasa bertuahnya,terima kasih ya ALLAH...ana dan ummi mnguruskn proses pndaftaran di rumah tokguru brsama anak tokguru pondok tuu...semoga tok guru diberi kesihatan oleh ALLAH,krana tokguru sedang sakit masa ana gi daftar hari tuu...insyaALLAH...setelah siap smua...ana diberi tahu sedikit sbanyak tntang peraturan pondok muslimat ni...antaranya,wajib berniqab,berpakain gelap shja,hndfon xleh guna,dan semestinya penting dan niat ats skali ana nak dup sini...ingin blaja ilmu2 agama wajib mahupun sunat...menadah kitab2nya xleh ponteng...ana bersalam dgn ustazah faizah,ank tokguru pondok ni,dan ustazah terus bawa ana ke pondok ana..................

"ya ALLAH....terima kasih kerana mmberi dan memilih diri ini utk menimba ilmuMU,dan mmbuka pintu ke jalanMU,utk aku mmperbaiki khilaf diri dan mntarbiyah diriku di sini....".............doa itu terucap dlm hati,hnya ana dan ALLAH AZZAWAJALLA  yang mndengarnya........

bermula lah diri ana,sbg plajar muslimat sementara di pondok pasir tumboh.....semoga ALLAH permudahkan diri ini,utk menadah ilmu2 di sini,sbgai bekalan hidup di dunia yang penuh ngan mehnah dan tribulasi....

tanggal 15januari2011.....ana telah bermula belajar di sana.....

di halaman lain,akan ana cerita kan suasana di sana..dan ana kan coretkan ilmu2 yang ana dapat...insyaALLAH....

wassalamullah......(",)

Friday 17 June 2011

3 minit jer......tak lama pun........

Assalamualaikum...

Wahai sahabat² seagama dengan ana..…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..

...... Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…
Sebarkan sbg peringatan sesama insan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...