Tuesday 30 August 2011

....Dia after spm..


Ya Rabbi,
lembutkanlah hati-hati hambaMu yang membacanya
amin~
moga Allah redha dengan perkongsian ini~

*************
'sejak bila wei dia jadi macam tu?' ,
'tiba-tiba je ni, ke mata aku yang rabun sekarang ni'
'betul ke tu Aisyah?macam mak Arab la pulak.'


 di hadapan mereka, Aisyah sedang melangkah ke arah mereka sambil melambaikan tangan..hanya sepasang mata Aisyah yang mampu mereka lihat ketika ini…

'Assalamualaikum Siti, Mia' Aisyah masih mengukir senyuman di balik niqabnya.. buat sahabat kesayangannya.

dia tahu penampilannya tika itu pasti mengundang rasa pelik dan penuh persoalan dari kedua kawan karibnya itu,
apa tidaknya, sebelum 3bulan cuti lepas SPM, dia seorang yang bertudung  labuh jer...berbaju kurung..dah la baju kurungnya slalu xmasuk dgn tudung labuh yg dipakainya….

Selepas habis SPM?? penampilannya berubah terus!
 Masih bertudung labuh, tetapi baju kurungnya ditukar dgn berjubah, memakai kasut,dan terakhir,ditambah dgn harga niqab yang dipakainya.. sejuk mata memandang, aurat terpelihara,pintu2 fitnah ditutup sempurna,..

'waalaikumussalam, kau ni kenapa Aisyah? Lepas SPM jer, jd mcm ni..asal?tak nak kawan dengan kitorang lagi ke?'
'yelaa kami ni sape la kan, tak adalah macam kau sekarang ni, ko ada join apa2 ke ni???'

'Siti, Mia, aku tetap kawan korang sampai bila-bila tao!' Aisyah terus meluru memeluk mereka berdua. 
doanya di hati, 'Ya Allah, telah Engkau kurniakan diri ini taufiq dan hidayahMu, lembutkanlah hati-hati insan yang aku kasihi ini ya Allah, 
moga kami kan kekal bahagia hingga ke syurgaMu, amin~'

*************
Penghijrahan...

Barangkali peristiwa di atas berlaku bagi sesiapa yang mahu berhijrah dari kegelapan kepada cahaya yang sarat dengan keimanan, mungkin ada yang mencerca, ada yang pelik, ada yang takjub 'macam mana la dia boleh ada kekuatan nak pakai macam tu'. mungkin biasa juga dengar, perkataan 'kolot' 'old fashion', 'tak sesuai pakai zaman ini dan pelbagai lagi tomahan yang dikenakan bagi insan-insan terpilih yang diberi hidayah dari Allah S.W.T. 

alhamdulillah.

kemudian dari sisi yang satu lagi, bagi insan-insan yang sudah mempunyai kesedaran untuk berubah, ada sesuatu yang membuatkan mereka takut untuk berubah. Ada sesuatu yang menghalang mereka untuk mempraktikkan pula kesedaran yang timbul di hati mereka.

'famili aku boleh terima ke perubahan aku ni?'
'mesti kawan-kawan aku pelik nanti aku tiba-tiba berubah pakai macam ni?'
'boleh ke aku kekal baik macam ni, macam-macam dah aku buat dulu, boleh ke aku jadi baik'
'Allah boleh terima aku ke?macam-macam dah aku buat dulu,'

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
bukan semua insan dianugerahkan rasa kesedaran dan keinsafan yang membuatkan insan-insan ini mahu berubah dari kepekatan arus jahiliyah kepada golongan minoriti yang memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka akan dianggap asing, pelik dan tak kurang juga, ada yang mengatakan pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna itu tidak relevan untuk dipakai di zaman serba moden ini. bagi yang dikurniakan kesedaran dan kefahaman untuk berubah memperbaiki diri menjadi lebih baik, jangan tangguh-tangguhkan pelaksanaan dan mempraktikkan keindahan Islam itu dalam kehidupan seharian.

Rasulullah SAW bersabda:
“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim

Mungkin dulu, aurat tidak dijaga dengan sempurna, pakai tudung pendek tak tutup dada, pakai tudung bawal yang jarang nampak leher, memakai baju yang singkat tidak menutupi punggung, pakai jeans ketat, pakai legging, tak menutup kaki yang juga merupakan sebahagian bagi aurat seorang perempuan, …
Malahan,dulu sudah ditutup sempurna dgn kelabuhan tudung..tetapi ingin mnjaga lagi,dgn ditutup seeratnya….

mungkin dulu suka mencaci maki, suka marah-marah, suka menghentam orang lain, malas belajar
Kini, kesedaran itu hadir, rasa yang hadir untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba Allah.

“Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripada kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” - Surah al-Baqarah: ayat 85


Ujian mengiringi perjalanan kehidupan.

Pabila seseorang itu mahu  berubah, ia  memerlukan keazaman dan kesungguhan yang utuh, selepas berubah perlu menghadapi kecaman orang-orang disekeliling pula. Ada yang mencerca, ada yang menghina, ada yang menjauhkan diri, dipulaukan dan terasa hidup amat amat kosong. Tiada tempat mengadu, tiada teman berkongsi sedih, tiada sesiapa yang memahami. tetapi ketahuilah ,bahawa Allah sentiasa memerhati, tiap masa dan ketika, sentiasa bersama kita, tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat sekalipun, ketahuilah segala ujian dan dugaan itu adalah tarbiyah dari Ilahi yang ingin memandu diri agar terus kekal di atas jalan yang diredhai.

berputus asa?kembali ke masa lalu?pekat dengan jahiliyah, diri berbangga dengan dosa, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?

tidak.tidak.tidak. 

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.”
- Surah al-Baqarah: ayat 208.

walau jalan yang dipilih ini penuh duri, mengalir mutiara-mutiara kaca saban hari, pedih ditindas dan di hina, terasing, dipulaukan atau kehilangan, jangan sesekali berpatah balik ke masa lalu. ketahuilah Allah bersama kita saban hari tiap waktu untuk membantu kita membina jati diri sebagai seorang mukmin yang sejati. 

setiap ujian dan dugaan yang melanda kita, adalah tarbiyah dari Ilahi untuk kita memperbaiki diri sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T. bukannya hamba kepada nafsu diri, bukan juga hamba kepada syaitan segala ajakannya kita turuti, segala kehendak nafsu kita penuhi, bagaimana pula dengan kehendak Allah S.W.T? adakah kita telah memenuhi dan mensyukuri segala nikmat pemberianNya? sentiasa bertaubat kepadaNya?dimana kita letak DIA di hati kita?adakah dengan meletakkan nafsu dan ajakan syaitan di depan, Allah kita abaikan? nauzubillah.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Surah Al-Baqarah: 214

Manfaatkan mujahadah ini sepenuhnya.

Jadikan mujahadah kali ini satu platform untuk merubah diri, membuang segala karat jahiliyah yang masih melekat pada diri....

Jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu..(A l –Hadis)

Mari sama-sama kita renungkan, fikir-fikirkan, atas sebab apa Allah jadikan kita di muka bumi, atas sebab apa kita berjalan di bumiNya, menghirup nafas tiap hari, waktu siang kita bekerja, malam kita berehat, adakah ini semua satu kitaran hidup atau satu keterbetulan hidup?
adakah kita ini dijadikan secara kebetulan?terjadi dengan sendiri dan hiduplah ikut kehendak hati, begitukah?

pengakhiran hidup yang bagaimana kita mahukan?
penilaian apa yang kita perlu utamakan?
neraca hidup yang mana kita gunakan?

jika ditakdirkan esok kita mati,
bersediakah kita mempersembahkan amalan kita kepada Ilahi?
sudah cukupkah kebaikan yang dilakukan untuk menutupi dosa-dosa lalu?
sudah lunaskah segala hutang piutang di dunia?

MATI itu pasti berlaku
bagaimana persediaan kita untuk menghadapi kematian?
bersediakah kita untuk bertemu Yang Dicintai?

mari sama-sama kita muhasabah diri kembali
tundukkan hati tundukkan nafsu

moga kita kan mampu merasa kerdil diri sebagai seorang hamba Ilahi

insyaAllah
amin~

~niatkan segala perubahan yang ingin dilakukan hanya keranaNya dan bukan kerana manusia kerna manusia pasti kan mati jug diakhirnya meninggalkan kita~

3 comments:

  1. Subhanallah...indah sekali orang yang menutup aurat kerana syariat..namun jangan sesekali jadikan purdah sebagai trend mengikut zaman atau menjadi "pemakai purdah tetapi bukan muslimah" nauzubillah...

    pesanan untuk diri ini juga yang penuh kelemahan..^_^

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ya ukht...alfu syukron atas ingatan ini...smoga ALLAH mnjadi matlamat utama...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...