Friday, 10 June 2011

DUHAI BANAT,..........DUHAI RIJAL..............

salam UKHUWWAH.....

LAFAZ SAKINAH BELUM TERUCAP LAGI.....

DUHAI BANAT.....DUHAI RIJAL....



...Duhai RIJAL....I!
Apa lagi yang kau mahu?
Apa lagi yang tak cukup bagimu?
Apa lagi yang kau nak tahu?

DIA beri kau BANAT
Bukan untuk kau pegang tangan dia
Bukan untuk kau tatap mata dia
Bukan untuk kau tengok auratnya
Bukan untuk kau belai dia
Bukan untuk kau merempit dengan dia
Bukan untuk kau bercinta dengan dia

Selagi BANAT itu bukan ZAUJAHMU
Selagi BANAT itu masih lagi awek mu
Selagi BANAT itu hanya kawan mu

DUHAI BANAT!!!
Apa lagi yang nak kau tonjolkan?
Apa lagi yang kau mahukan?
Apa lagi yang perlu dicukupkan?

DIA beri kau RIJAL 
Bukan untuk kau menyendeng dengan dia
Bukan untuk kau menggedik dengan dia
Bukan untuk kau merengek dengan dia
Bukan untuk kau jalan beriringan dengan dia
Bukan untuk kau buka tubuhmu hanya untuk dia
Bukan untuk kau bermanja dengan dia
Bukan untuk kau luahkan perasaan dengan dia
Bukan untuk kau terima cinta dia

Selagi RIJAL itu bukan IMAMMU
Selagi RIJAL itu masih lagi balakmu
Selagi lelak itu teman tapi mesramu

Wahai RIJAL dan BANAT sekalian…

Jangan kau serah cinta
Jangan kau beri jiwa
Pada yang bukan hak

Lamarlah dia jika kau benar inginkannya
Jumpalah ibu bapanya untuk menyuntingnya
Didiklah imanmu agar iman dia juga terdidik
Berilah cintamu tika LAFAZ SAKINAH itu halalkannya


Oh cinta!
Jangan biar hati ini hanyut denganmu
Jangan biar jiwa ini rapuh dek kerna godaanmu
Jangan biar taqwa ini mengecut dengan kata dustamu

Oh cinta!
Izinkan ku milikimu
Dengan akad yang halal
Dengan ijab yang diredhai
Dengan redha PEMILIK mu

Wahai PEMILIK cinta
Hati ini ingin menyinta
Jiwa ini ingin dicinta
Kurniakan aku si dia
Yang mencintai Mu
Agar aku turut terpandu
Agar aku turut terarah
Dengan cahaya cinta Mu

Kerna…
Hati ini ingin mencintai Mu
Bersama dengan dia….~~..........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...